Soalan Latihan


Penjodoh Bilangan:
Soalan Latihan 1
Baca, fahamkan dan klik pada jawapan yang betul.

1.     Pak Usop membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya
A.   buah
B.    tandan
C.   ekor
D.   biji
2.     Se .............. tembikai itu berharga RM5.00
A.   buah
B.    biji
C.   ekor
D.   pasang
3.     Johari ternampak beberapa ..................... burung hinggap di atas pokok kelapa.
A.   tandan
B.    sikat
C.   potong
D.   ekor
4.     Lima ............... kereta digunakan untuk rombongan pengantin.
A.   biji
B.    buah
C.   pasang
D.   ekor
5.     Se ................ kasut sukan Adidas berharga RM200.00
A.   ekor
B.    pasang
C.   tandan
D.    keping


































Penjodoh Bilangan:
Soalan Latihan 2
Baca, fahamkan dan klik pada jawapan yang betul.

1.     Se .............. pisang itu berharga RM5.00
A.    tandan
B.     biji
C.    pokok
D.    sikat
2.     Emak menghadiahkan se ................... baju kurung untuk Nadhirah.
A.   gulung
B.    keping
C.   lembar
D.   pasang
3.     Abang Lan menggali lubang dengan menggunakan se .................. cangkul.
A.   batang
B.    pucuk
C.   bilah
D.   urat
4.     Tiga ................... bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu.
A.   jambak
B.    helai
C.   keping
D.   butir
5.     Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Hayati
A.   lembar
B.    keping
C.   buah
D.   gulung






































Penjodoh Bilangan:
Soalan Latihan 3
Baca, fahamkan dan klik pada jawapan yang betul.

1.     Adik menghabiskan tiga .................... jagung dalam tiga minit.
A.   batang
B.    biji
C.   butir
D.   tongkol
2.     Tauke Lim dapat menjual lima ........... kereta sahaja untuk bulan ini.
A.   biji
B.    buah
C.   gugus
D.   tangkai
3.     Puan Umi memotong ayam dengan menggunakan se ................ pisau.
A.   buah
B.    pucuk
C.   batang
D.   bilah
4.     Polis telah menemukan se ................. pistol di dalam rumah penjenayah itu.
A.   biji
B.    butir
C.   buah
D.   pucuk
5.     Se ................... garam mesti dimasukkan ke dalam bubur untuk menambahkan keenakannya
A.   keping
B.    cubit
C.   butir
D.   biji






































Penjodoh Bilangan:
Soalan Latihan 4
Baca, fahamkan dan klik pada jawapan yang betul.

1.     Ayah membeli ................ pisang di gerai buah-buahan.
A.   biji
B.    pasang
C.   sisir
D.   utas
2.     Berapakah harga se ................ anggur ini?
A.   gugus
B.    sikat
C.   genggam
D.   longgok
3.     Dua .................... limau ini berharga RM10.00
A.   bekas
B.    longgok
C.   kelompok
D.   gelung
4.     Pak Tua mengikat lembunya dengan ................... tali.
A.   untai
B.    lembar
C.   gelung
D.   utas
5.     Tiga ................. rumah kedai musnah dalam kebakaran itu.
A.   pintu
B.    bentuk
C.   helai
D.   biji



























2 ulasan:

  1. Soalan yang memberi manfaat kepada pelajar.

    BalasPadam
  2. Latihan yang boleh memperkukuhkan pelajar.

    BalasPadam