RPH


Rancangan  Pengajaran Harian
Bahasa Melayu Tahun 3


.
Tarikh                                      : 22/10/2012 (Isnin)                                                   
Masa                                        : 11:00a.m.-11:30a.m. ( 30 minit )
Kelas                                        : 3 M                            
Bilangan Murid                        : 6 orang
Mata Pelajaran                         : Bahasa Melayu
Tajuk                                        : Penjodoh Bilangan

Hasil Pembelajaran                  : Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1)     Membaca dan menggunakan penjodoh bilangan--‘pasang, kuntum, biji, helai dan batang’ dalam ayat dengan betul.
2)     Menulis penjodoh bilangan yang betul bagi contoh-contohnya.
3)     Memberi contoh tentang penjodoh bilangan-‘pasang, kuntum, biji, helai dan batang’ dengan betul.
4)     Membina dan menulis ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan--‘pasang, kuntum, biji, helai dan batang’ yang diberikan.

Pengetahuan Sedia Ada           : Murid-murid sudah mengetahui dan  
                                                       mengenali penjodol bilangan seperti
                                                       ekor, buah, keping    dan sebagainya          
                                                       dalam kehidupan harian mereka.

Elemen Merentas Kurikulum    : Kreatif dan inovatif,  Matematik, Muzik.

Bahan Bantu Mengajar              :  Gambar Jingsaw Puzzle, Kertas
                                                         Mahjong, Kad Imbasan,
                                                         Kasut, Bunga Palsu, Bola, Kertas,  
                                                         Pensel, Lembaran Kerja,  
                                                         Komputer Riba, CD, Kotak  yang                 
                                                         Berisi Kertas Soalan, ‘Catur
                                                         Ular’, Dadu dan Butang.

KBT                                          : Kemahiran berfikir, konstruktivisme

KB                                            : Menghubungkait, menjanakan idea

BCB                                         : Kemahiran mendengar,membaca dan
                                                  menulis.

KP                                            : Vebal-linguistik, Interpersonal, logik-                           
                                                  matematik

Nilai Murni                               : Bekerjasama, bersyukur, hormat-
                                                   menghormati, kasih sayang




Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi

Mencungkil idea
( 3 minit )

Menarik Minat Murid

Jingsaw Puzzle

Peraturan Permainan
§  Murid perlu menampal salah satu bahagian puzzle ( gambar helang ) pada kertas mahjong di papan putih secara bergilir-gilir.

§  Setelah siap menyusun puzzle, murid perlu menyatakan penjodoh bilangan bagi gambar puzzle tersebut.
1)    Guru memberi setiap murid dua keping bahagian Jingsaw Puzzle.

2)    Guru menerang peraturan permainan.

3)    Guru menyoal murid tentang gambar puzzle yang telah disusun.

4)    Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pembelajaran hari ini  - Penjodoh Bilangan.


1)    Murid mendengar arahan guru dengan teliti.

2)    Murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti Jingsaw Puzzle.

3)    Murid-murid meneka dan memberi jawapan.
BBM:
Gambar Jingsaw Puzzle, Kertas Mahjong
KBT:
Konstruktivisme
KB:
Menghubungkait
BCB:
Kemahiran Mendengar
KP:
Vebal-linguistik
Nilai Murni:
Berkerjasama

Perkembangan

Langkah 1

Menstruktur  idea

( 7 minit )

Penjodoh Bilangan

Ø  Pasang

Ø  Kuntum

Ø  Biji

Ø  Helai

Ø  Batang
1)    Guru menunjukkan kad imbasan  dan meminta murid membaca kad imbasan tersebut.

2)    Guru menjelaskan setiap penggunaan penjodoh bilangan dengan bahan bantu mengajar.

3)    Guru memberi contoh penjodoh bilangan tersebut.

4)    Guru mengulangi kad imbasan yang lain sehingga habis.

1)    Murid membaca kad imbasan dan memberi contoh yang lain kepada penjodoh bilangan tersebut.

2)    Murid membaca semua kad imbasan yang terdapat di papan putih.
BBM:
Kad imbasan, Kasut, Bunga Palsu, Bola, Kertas dan Pensel
KBT:
Kontekstual
BCB:
Kemahiran Membaca
KP:
Interpersonal, Intrapersonal
Nilai Murni:
Berkerjasama, Hormat-menghormati, Kasih sayang

Perkembangan

Langkah 2

Mengaplikasi idea

( 5 minit )


Aktiviti Kumpulan:

3 kumpulan:
A.    Kumpulan Kuning:
Kumpulan Cemerlang

B.    Kumpulan Merah:
Kumpulan Sederhana

C.   Kumpulan Hijau:
Kumpulan Lambat


1)    Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan yang berdasarkan aras kebolehan murid.

2)    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

3)    Guru meminta murid menyiapkan lembaran kerja tersebut dalam masa yang ditetapkan.

4)    Guru sebagai fasilitator semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

5)    Guru membincang hasil kerja bersama-sama dengan murid.

6)    Guru memuji kumpulan yang dapat memberi semua jawapan yang betul.
1)    Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing.

2)    Kumpulan yang lemah dibimbing oleh guru supaya  menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.

3)    Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka di papan putih.

4)    Setiap wakil kumpulan membuat pembentangan berdasarkan hasil kerja kumpulan mereka.

5)    Kumpulan yang memberi semua jawapan yang betul akan mendapat tepukan daripada murid lain dan pujian guru.

BBM:
Lembaran kerja
KB:
Menjanakan Idea
BCB:
Kemahiran Menulis
Nilai Murni:
Berkerjasama, Hormat-menghormati

Perkembangan

Langkah 3

Mengaplikasi idea

 ( 5 minit )

Peneguhan Konsep melalui permainan

‘ Permainan Catur ’

Peraturan Permainan
v  Permainan dijalankan secara berpasangan.

v  Gunakan butang sebagai penanda.

v  Melambungkan buah dadu untuk menentukan bilangan pergerakan atau langkah dari petak ke petak.

v  Murid yang tiba di tapak berwarna ungu perlu menjawab soalan yang dikemukakan.

v  Murid yang tidak dapat menjawab soalan akan bermula di tempat permulaan.

v  Kumpulan yang paling cepat tiba di tapak yang tertinggi dalam masa yang ditetapkan dikira menang.

1)    Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.

2)    Guru menampal sekeping ‘catur permainan’ di papan putih.

3)    Guru menerang peraturan permainan.

4)    Semasa permainan dijalankan, guru sebagai fasilitator.

5)    Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.

1)    Murid mendengar arahan guru dengan teliti.

2)    Murid-murid menjalankan aktiviti permainan.

3)    Murid menjawab soalan-soalan guru.

4)    Murid bersama-sama dengan guru membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran hari ini.

BBM:
‘Catur’, Dadu, Butang
KBT:
Kemahiran Berfikir
KB:
Merumuskan, Membuat urutan
BCB:
Kemahiran Bertutur
KP:
Visual-ruang, logik-matematik
Nilai Murni:
Berkerjasama, Hormat-menghormati

Perkembangan

Langkah 4

Mengaplikasi idea

 ( 5 minit )

Aktiviti Murid:

Kotak Muzik

Peraturan Permainan
·       Apabila muzik dimainkan, permainan dimulakan.

·      Mengedarkan kotak mengikut arah putaran jam.

·       Apabila muzik dihentikan, siapa yang memegang kotak akan mengeluarkan 1 kertas soalan dari kotak itu.
Murid tersebut dikehendaki membaca soalan dan memberi jawapan yang betul.
1)    Guru mengisikan kertas soalan ke dalam kotak.

2)    Guru meminta murid membentuk satu bulatan besar.

3)    Guru menerang peraturan permainan.

4)    Semasa permainan dijalankan, guru sebagai fasilitator.

5)    Guru meminta murid meneruskan permainan sehingga kertas soalan selesai digunakan.

Guru memberi ganjaran kecil seperti pensel kepada murid yang boleh memberi jawapan dengan betul sebagai peneguhan.

1)    Murid membentuk satu bulatan besar.

2)    Murid mendengar arahan guru dengan teliti.

3)    Selepas guru memainkan muzik, murid memulakan permainan.

4)    Murid mengedarkan kotak mengikut arah putaran jam.

5)    Murid yang mengambil kotak semasa muzik dihentikan akan memberi jawapan tentang soalan yang diambil olehnya.

6)    Murid yang memberi jawapan yang betul mendapat ganjaran kecil.

BBM:
Komputer Riba, CD, Kotak yang Berisi Kertas Soalan
KB:
Menghubungkait
BCB:
Kemahiran Bertutur
KP:
Muzik
Nilai Murni:
Berkerjasama, Hormat-menghormati
Penutup

( 5 minit )
Peneguhan Konsep melalui peta minda

Peta Minda

1)    Guru menampalkan sehelai peta minda di papan putih.

2)    Guru memanggil nama murid dan memintanya menampal kad jawapan di peta minda tersebut.

3)    Guru meminta murid-murid yang lain melengkapkan peta minda itu.

4)    Guru meminta murid-murid membaca semua jawapan yang mereka tampal di peta minda itu.

1)    Murid yang dipanggil oleh guru menampal kad jawapan di peta minda.

2)    Murid-murid yang lain melengkapkan peta minda tersebut.

3)    Murid membaca semua jawapan yang terdapat dalam peta minda itu
BBM:
Peta Minda, Kad Jawapan
KBT:
Kemahiran Berfikir
BCB:
Kemahiran Membaca
Nilai Murni:
Yakin pada diri sendiri























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan