Sabtu, 20 Oktober 2012

Nota 3 : Contoh Kesalahan



Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1.  (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
                 peraturan  yang telah ditetapkan.  (salah)

           (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi
                 peraturan  yang telah ditetapkan. (betul) 
         
Penjelasan : 
Ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

     2.  (a)  Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
                 yang bernas. (salah)

          (b)  Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
                 bernas.  (betul)

Penjelasan :
Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.


     3.   (a)  Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
                  di rambutnya. (salah)

(b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)

Penjelasan :  
Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.


Nota 2 : Contoh-contoh


Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.

Penjodoh Bilangan
Penggunaannya dan Contoh Ayat

1.  batang

Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang seperti kayu, pembaris, pensel, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Kakak membeli sebatang pembaris untuk adik. 

2.  cubit  Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari seperti garam, gula, dan sebagainya.


Contoh Ayat:
Eamak memasukkan beberapa cubit garam ke dalam gulai yang dimasaknya.

3.   helaiDigunakan untuk benda-benda yang nipis, lebar, dan rata seperti kertas, kain,baju, seluar dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Ali memakai sehelai baju yang baru.

4.   larasDigunakan untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Pemburu menembak seekor ayam hutan dengan menggunakan selaras senapang.

5.   naskhah
Digunakan untuk bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Di perpustakaan sekolah saya terdapat pelbagai naskhah majalah sebagai bahan bacaan.



6.  pasangDigunakan untuk manusia, benda atau haiwan yang berpasangan seperti suami isteri, anting-anting, kasut,dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Ibu menghadiahi adik sepasang kasut yang cantik.

7.   kepalDigunakan untuk sesuatu yang disukat dengan genggam tangan seperti pulut, nasi, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Ibu menyuapi adik sekepal nasi.

8.   puntungDigunakan untuk kayu, rokok, dan sebagainya yang berlebih daripada yang terbakar.

Contoh Ayat:
Kebakaran itu berpunca daripada sepuntung rokok.

Nota 1 : Tatabahasa

Penjodoh Bilangan:


  • Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

  • Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. 

  • Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.