Sabtu, 20 Oktober 2012

Nota 3 : Contoh Kesalahan



Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1.  (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
                 peraturan  yang telah ditetapkan.  (salah)

           (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi
                 peraturan  yang telah ditetapkan. (betul) 
         
Penjelasan : 
Ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

     2.  (a)  Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
                 yang bernas. (salah)

          (b)  Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
                 bernas.  (betul)

Penjelasan :
Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.


     3.   (a)  Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
                  di rambutnya. (salah)

(b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)

Penjelasan :  
Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.


7 ulasan:

  1. Penjelasan yang bagus!Teruskan usaha anda!

    BalasPadam
  2. tahniah saya hrp cikgu teruskan update blog ini ya...

    BalasPadam
  3. Nota ini sesuai untuk murid-murid kita...

    BalasPadam
  4. Nota yang cikgu sediakan lengkap dan mudah difahami oleh murid. Syabas.

    BalasPadam
  5. Nota yang sesuai dengan tahap murid,bagus!

    BalasPadam