Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa
Melayu Tahun 3
.
Tarikh :
22/10/2012 (Isnin)
Masa :
11:00a.m.-11:30a.m. ( 30 minit )
Kelas :
3 M
Bilangan Murid : 6 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk :
Penjodoh Bilangan
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1) Membaca
dan menggunakan penjodoh bilangan--‘pasang, kuntum, biji, helai dan batang’
dalam ayat dengan betul.
2) Menulis
penjodoh bilangan yang betul bagi contoh-contohnya.
3) Memberi
contoh tentang penjodoh bilangan-‘pasang, kuntum, biji, helai dan batang’
dengan betul.
4) Membina
dan menulis ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan--‘pasang, kuntum, biji,
helai dan batang’ yang diberikan.
Pengetahuan
Sedia Ada :
Murid-murid sudah mengetahui dan
mengenali
penjodol bilangan seperti
ekor, buah, keping dan sebagainya
dalam kehidupan harian mereka.
Elemen
Merentas Kurikulum :
Kreatif dan inovatif, Matematik, Muzik.
Bahan Bantu
Mengajar : Gambar Jingsaw
Puzzle, Kertas
Mahjong, Kad Imbasan,
Kasut, Bunga Palsu, Bola, Kertas,
Pensel, Lembaran Kerja,
Komputer Riba, CD, Kotak yang
Ular’, Dadu dan Butang.
KBT :
Kemahiran berfikir, konstruktivisme
KB :
Menghubungkait, menjanakan idea
BCB :
Kemahiran mendengar,membaca dan
menulis.
KP :
Vebal-linguistik, Interpersonal, logik-
matematik
Nilai Murni : Bekerjasama,
bersyukur, hormat-
menghormati, kasih
sayang
Langkah
/ Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set
Induksi
Mencungkil
idea
(
3 minit )
|
Menarik Minat Murid
Jingsaw Puzzle
Peraturan Permainan
§ Murid perlu menampal salah satu
bahagian puzzle ( gambar helang ) pada kertas mahjong di papan putih secara
bergilir-gilir.
§ Setelah siap menyusun puzzle, murid
perlu menyatakan penjodoh bilangan bagi gambar puzzle tersebut.
|
1)
Guru
memberi setiap murid dua keping bahagian Jingsaw Puzzle.
2)
Guru
menerang peraturan permainan.
3)
Guru
menyoal murid tentang gambar puzzle yang telah disusun.
4)
Guru
mengaitkan jawapan murid dengan topik pembelajaran hari ini - Penjodoh
Bilangan.
|
1)
Murid
mendengar arahan guru dengan teliti.
2)
Murid-murid
menjalankan aktiviti-aktiviti Jingsaw Puzzle.
3)
Murid-murid
meneka dan memberi jawapan.
|
BBM:
Gambar Jingsaw
Puzzle, Kertas Mahjong
KBT:
Konstruktivisme
KB:
Menghubungkait
BCB:
Kemahiran Mendengar
KP:
Vebal-linguistik
Nilai Murni:
Berkerjasama
|
Perkembangan
Langkah 1
Menstruktur idea
( 7 minit )
|
Penjodoh Bilangan
Ø
Pasang
Ø
Kuntum
Ø
Biji
Ø
Helai
Ø
Batang
|
1)
Guru
menunjukkan kad imbasan dan meminta murid membaca kad
imbasan tersebut.
2)
Guru
menjelaskan setiap penggunaan penjodoh bilangan dengan bahan bantu mengajar.
3)
Guru
memberi contoh penjodoh bilangan tersebut.
4)
Guru
mengulangi kad imbasan yang lain sehingga habis.
|
1)
Murid
membaca kad imbasan dan memberi contoh yang lain kepada penjodoh bilangan
tersebut.
2)
Murid
membaca semua kad imbasan yang terdapat di papan putih.
|
BBM:
Kad imbasan, Kasut, Bunga Palsu,
Bola, Kertas dan Pensel
KBT:
Kontekstual
BCB:
Kemahiran Membaca
KP:
Interpersonal, Intrapersonal
Nilai Murni:
Berkerjasama, Hormat-menghormati,
Kasih sayang
|
Perkembangan
Langkah 2
Mengaplikasi idea
( 5 minit )
|
Aktiviti Kumpulan:
3 kumpulan:
A. Kumpulan Kuning:
Kumpulan Cemerlang
B. Kumpulan Merah:
Kumpulan Sederhana
C. Kumpulan Hijau:
Kumpulan Lambat
|
1)
Guru
membahagikan murid kepada tiga kumpulan yang berdasarkan aras kebolehan
murid.
2)
Guru
mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
3)
Guru
meminta murid menyiapkan lembaran kerja tersebut dalam masa yang ditetapkan.
4)
Guru
sebagai fasilitator semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
5)
Guru
membincang hasil kerja bersama-sama dengan murid.
6)
Guru
memuji kumpulan yang dapat memberi semua jawapan yang betul.
|
1)
Murid
menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing.
2)
Kumpulan
yang lemah dibimbing oleh guru supaya
menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.
3)
Setiap
kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka di papan putih.
4)
Setiap
wakil kumpulan membuat pembentangan berdasarkan hasil kerja kumpulan mereka.
5)
Kumpulan
yang memberi semua jawapan yang betul akan mendapat tepukan daripada murid
lain dan pujian guru.
|
BBM:
Lembaran kerja
KB:
Menjanakan Idea
BCB:
Kemahiran Menulis
Nilai Murni:
Berkerjasama, Hormat-menghormati
|
Perkembangan
Langkah 3
Mengaplikasi idea
( 5 minit )
|
Peneguhan Konsep
melalui permainan
‘ Permainan Catur ’
Peraturan Permainan
v Permainan dijalankan secara
berpasangan.
v Gunakan butang sebagai penanda.
v Melambungkan buah dadu untuk
menentukan bilangan pergerakan atau langkah dari petak ke petak.
v Murid yang tiba di tapak berwarna
ungu perlu menjawab soalan yang dikemukakan.
v Murid yang tidak dapat menjawab
soalan akan bermula di tempat permulaan.
v Kumpulan yang paling cepat tiba di
tapak yang tertinggi dalam masa yang ditetapkan dikira menang.
|
1) Guru membahagikan murid kepada tiga
kumpulan.
2) Guru menampal sekeping ‘catur
permainan’ di papan putih.
3) Guru menerang peraturan permainan.
4) Semasa permainan dijalankan, guru
sebagai fasilitator.
5) Guru membuat rumusan mengenai
pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang
mereka telah pelajari.
|
1)
Murid
mendengar arahan guru dengan teliti.
2)
Murid-murid
menjalankan aktiviti permainan.
3)
Murid
menjawab soalan-soalan guru.
4)
Murid
bersama-sama dengan guru membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran
hari ini.
|
BBM:
‘Catur’, Dadu, Butang
KBT:
Kemahiran Berfikir
KB:
Merumuskan, Membuat urutan
BCB:
Kemahiran Bertutur
KP:
Visual-ruang, logik-matematik
Nilai Murni:
Berkerjasama, Hormat-menghormati
|
Perkembangan
Langkah 4
Mengaplikasi idea
( 5 minit )
|
Aktiviti Murid:
Kotak Muzik
Peraturan Permainan
· Apabila
muzik dimainkan, permainan dimulakan.
· Mengedarkan
kotak mengikut arah putaran jam.
· Apabila
muzik dihentikan, siapa yang memegang kotak akan mengeluarkan 1 kertas soalan
dari kotak itu.
Murid tersebut dikehendaki membaca soalan dan memberi
jawapan yang betul.
|
1) Guru mengisikan kertas soalan ke
dalam kotak.
2) Guru meminta murid membentuk satu
bulatan besar.
3) Guru menerang peraturan permainan.
4) Semasa permainan dijalankan, guru
sebagai fasilitator.
5) Guru meminta murid meneruskan
permainan sehingga kertas soalan selesai digunakan.
Guru memberi ganjaran kecil seperti pensel kepada murid yang boleh memberi jawapan dengan betul sebagai peneguhan. |
1) Murid membentuk satu bulatan besar.
2) Murid mendengar arahan guru dengan
teliti.
3) Selepas guru memainkan muzik, murid
memulakan permainan.
4) Murid mengedarkan kotak mengikut
arah putaran jam.
5) Murid yang mengambil kotak semasa
muzik dihentikan akan memberi jawapan tentang soalan yang diambil olehnya.
6) Murid yang memberi jawapan yang
betul mendapat ganjaran kecil.
|
BBM:
Komputer
Riba, CD, Kotak yang Berisi Kertas Soalan
KB:
Menghubungkait
BCB:
Kemahiran Bertutur
KP:
Muzik
Nilai Murni:
Berkerjasama, Hormat-menghormati
|
Penutup
( 5 minit )
|
Peneguhan Konsep
melalui peta minda
Peta Minda |
1) Guru menampalkan sehelai peta minda
di papan putih.
2) Guru memanggil nama murid dan
memintanya menampal kad jawapan di peta minda tersebut.
3) Guru meminta murid-murid yang lain
melengkapkan peta minda itu.
4) Guru meminta murid-murid membaca
semua jawapan yang mereka tampal di peta minda itu.
|
1)
Murid
yang dipanggil oleh guru menampal kad jawapan di peta minda.
2)
Murid-murid
yang lain melengkapkan peta minda tersebut.
3)
Murid
membaca semua jawapan yang terdapat dalam peta minda itu
|
BBM:
Peta Minda, Kad Jawapan
KBT:
Kemahiran Berfikir
BCB:
Kemahiran Membaca
Nilai Murni:
Yakin pada diri sendiri
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan