Bahasa Melayu
Sabtu, 27 Oktober 2012
Sabtu, 20 Oktober 2012
Nota 3 : Contoh Kesalahan
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:
1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki
mematuhi
peraturan yang
telah ditetapkan. (salah)
(b) Setiap
peserta dikehendaki mematuhi
peraturan yang telah
ditetapkan. (betul)
Penjelasan :
Ada
kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan
bersama-sama dengan kata bilangan.
|
2. (a) Encik
Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
yang bernas. (salah)
(b) Encik
Ikmal telah memberikan pendapat yang
bernas. (betul)
Penjelasan :
Penjodoh
bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata
nama abstrak.
|
3. (a) Ayu
memetik sejambak bunga lalu disematkan
di rambutnya. (salah)
(b) Ayu memetik sekuntum
bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)
Penjelasan :
Penjodoh
bilangan perlu digunakan bersesuaian
dengan konteks ayat.
|
Nota 2 : Contoh-contoh
Yang berikut ialah
beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.
Penjodoh Bilangan
|
Penggunaannya dan Contoh Ayat
|
1. batang | Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang seperti kayu, pembaris, pensel, dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Kakak membeli sebatang pembaris untuk adik. |
2. cubit | Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari seperti garam, gula, dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Eamak memasukkan beberapa cubit garam ke dalam gulai yang dimasaknya. |
3. helai | Digunakan untuk benda-benda yang nipis, lebar, dan rata seperti kertas, kain,baju, seluar dan sebagainya. Contoh Ayat: Ali memakai sehelai baju yang baru. |
4. laras | Digunakan untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Pemburu menembak seekor ayam hutan dengan menggunakan selaras senapang. |
5. naskhah | Digunakan untuk bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Di perpustakaan sekolah saya terdapat pelbagai naskhah majalah sebagai bahan bacaan. |
6. pasang | Digunakan untuk manusia, benda atau haiwan yang berpasangan seperti suami isteri, anting-anting, kasut,dan sebagainya. Contoh Ayat: Ibu menghadiahi adik sepasang kasut yang cantik. |
7. kepal | Digunakan untuk sesuatu yang disukat dengan genggam tangan seperti pulut, nasi, dan sebagainya. Ibu menyuapi adik sekepal nasi. |
8. puntung | Digunakan untuk kayu, rokok, dan sebagainya yang berlebih daripada yang terbakar. Contoh Ayat: Kebakaran itu berpunca daripada sepuntung rokok. |
Nota 1 : Tatabahasa
Penjodoh Bilangan:
- Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
- Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
- Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Langgan:
Catatan (Atom)